ULASAN BUKU

Kata orang, membaca jambatan ilmu, membaca pelita hidup dan segala macam falsafah tentang membaca. Apa yang pasti, membaca adalah suatu amalan yang mulia dan bermanfaat. Ruangan ini menyediakan ulasan-ulasan buku terkini yang diusahakan oleh kakitangan Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Selamat membaca!

Name:
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Institut Perkembangan Minda atau INMIND adalah sebuah organisasi pemikir utama kepada Kerajaan Negeri Selangor. INMIND membantu perencanaan polisi Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelidikan dan pengumpulan data sosio-ekonomi. INMIND juga mendokumentasikan maklumat, idea-idea dan aspirasi kemajuan dan pembangunan negeri Selangor dalam bentuk prosiding, laporan dan penerbitan bercetak. Selain itu, INMIND mencadang dan menguruskan program konferens seperti konvensyen, seminar, kolokium, bengkel dan diskusi sebagai medan sumbangan idea dan percambahan fikiran. INMIND turut terlibat merangka dan melaksanakan program latihan dengan mengendalikan Program Bina Insan Negeri Selangor, latihan kepimpinan dan latihan korporat. Sebagai kumpulan pemikir, INMIND amat mendukung pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat. Atas dasar itu, INMIND menganjurkan siri-siri program khusus keilmuan seperti Wacana Ilmiah Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Bicara 1001 Buku, dan yang terkini Syarahan Darul Ehsan. INMIND dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Monday, August 21, 2006

The Google Story

Penulisan The Google Story menggambarkan kronologi perjalanan kejayaan sebuah syarikat yang menggunakan kepakaran dan teknologi dalam aspek enjin pencarian maklumat. Tujuan utama yang sebenarnya bukan berasaskan keuntungan tetapi bersandarkan kepada khidmat penyediaan untuk menyalurkan maklumat yang cepat, tepat dan berkesan.

Hasilnya ialah sebuah enjin pencarian yang dapat bersaing dengan enjin pencarian yang gah seperti Yahoo, Alta Vista, AOL dan yang seangkatan dengannya. Malah dipercayai untuk menjadi rakan kongsi kepada rangkaian-rangkaian tersebut.

Pemilihan imej Google atau sebenarnya “Googol” merujuk kepada pemilihan sebuah identiti enjin pencarian maklumat yang dapat menarik perhatian pengguna. Perkataan G-o-o-g-o-l adalah berdasarkan kepada suatu aspek yang bernilai sangat besar. Ianya merujuk kepada angka yang terbesar iaitu 1 dan diikuti 100 (0). Penggunaan perkataan “To Google” bermaksud “To Search”.
Idea yang wujud adalah hasil daripada kekurangan carian maklumat yang tepat oleh enjin carian pada ketika itu. The Google Story membawa pembaca meniti perjalanan awal kewujudan Google dalam dunia virtual di mana Larry Page dan Sergei Brin yang merupakan pengasas dan tulang belakang yang bertanggungjawab terhadap kepentingan Google.
Orang ramai mengunakan Google untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan percuma. Kronologi membangunkan idea dua pemuda yang mempunyai latar belakang matematik dan sains teknologi ini, menimbulkan persoalan. Bagaimana mereka membangunkan Google dengan membawa keuntungan yang berlipat ganda?

Mereka memulakan misi dalam kajian meningkatkan keupayaan enjin-enjin carian tersebut. Permulaan asasnya mereka bekerjasama dalam memuat turun rangkaian dan menganalisa web yang dipanggil PageRank. Penggunaan di Universiti Stanford membawa mereka untuk memulakan perniagaan virtual. Model perniagaan mereka hanya bergantung kepada hipotesis.
Mereka memegang kepercayaan bahawa, pengurusan yang baik ialah satu kebaikan awam dan mana-mana keuntungan komersial adalah sederhana. Ianya merupakan tema kepada pengasas Google. Setiap langkah yang diambil untuk membina empayar telah jelas kerana satu persamaan matematik diubah untuk menjelaskan identiti Google.
Belia kebebasan + transparensi (ketelusan) + contoh baru + manfaat kepercayaan kepada orang awam + amanah = “Google Miracle”.

Penulis juga membawa pembaca kepada terma “special sauce” yang digunakan untuk menjelaskan lebih dari 100 kombinasi faktor-faktor di mana Google menggunakannya untuk mengeluarkan senarai maklumat yang dicari agar tepat dan Google menjelaskan keupayaan untuk menyalurkan maklumat.
Pembaca akan menikmati perjalanan Google dalam perjuangan untuk menyaksikan kejayaan yang dikecapi pada hari ini. Sebagai contoh kejayaan pertama mendapatkan pelabur daripada Silicon Valley yang bernilai $1 juta dolar dengan meraikannya bersarapan di Burger King.

Idea daripada seorang yang berpengetahuan matematik dikombinasikan bersama seorang berpengetahuan dalam sains teknologi membuahkan hasil apabila berjaya mendirikan pusat pengendalian enjin pencarian di Palo Alto yang di panggil Googleplex. Maka bermula perkembangan Google dari satu fasa ke fasa yang lebih tinggi.
Penulis juga akan membawa pembaca melalui cara perolehan enjin pencarian dan bersaing dalam membangun dan meluaskan produk yang berkait rapat dengan teknologi dunia pencarian maklumat.
Google mempunyai asas yang kukuh apabila berjaya dikekalkan ketika aktiviti virtual merudum ketika di Palo Alto. “less money, idea rich”. Mereka mencari pelabur-pelabur yang boleh membantu mereka dengan produk yang dihasilkan iaitu dengan membuat rangkaian dengan pelbagai enjin carian yang lain dan membuat beribu-ribu gabungan.
Persoalan utama ialah bagaimana Google membawa berbillion duit ke dalam Googleplex? Google seperti media-media atau syarikat-syarikat lain yang memberikan perkhidmatan pengiklanan. Menyediakan ruang pengiklanan tetapi Google menjana kewangan dengan iklan yang diklik oleh pengguna. Wang akan mengalir masuk dengan hanya bergantung kepada kekerapan penguna mengklik senarai sasaran.

Asas penjanaan kewangan tersebut adalah bersandarkan kepada kekerapan pengguna laman web mengklik “target list” tersebut. Manakala pengiklan akan membayar dengan jumlah bayaran seperti $0.05 untuk satu klik.
Dua faktor utama yang digunakan oleh Google ialah meletakkan harga yang boleh dibayar oleh syarikat yang ingin mengiklankan produk mengikut kekerapan pengguna mengklik iklan yang dipaparkan.

Page dan Brin mengambil masa kurang daripada 8 tahun untuk mencapai kejayaan mereka. Mereka membawa kejayaan tersebut dengan pengiklanan hanya di web.
Google menjana 99 peratus kewangan dari aspek tersebut. Ini merupakan jawapan kepada bagaimana Google menjana keuntungan daripada idea mewujudkan enjin pencarian maklumat.
Keupayaan Google turut membuahkan kepercayaan kepada New York Times dan juga kepada Amazon.com. dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada dua agensi besar itu.

Didalam aspek pemilihan pekerja, pengurusan Googleplex memilih calon yang berkaliber seperti Craig Silverstein dan Mariss Mayer merupakan jurutera yang terlibat dalam meningkatkan laman web Google. Walau bagaimanapun, Google tidak mengenepikan calon yang berpotensi untuk maju seperti Ming Ying Lee yang “buta IT” malah dilatih untuk menjadi “expertise” dalam Google.

Googleplex telah memilih seorang CEO yang mempunyai latarbelakang komputer sains dan berkemahiran tinggi Eric Schmidt untuk menerajui kepimpinan Google. Bersandarkan kepada prinsip Schmidth iaitu “lebih berkesan mewujudkan kumpulan kerja untuk mengembangkan perniagaan daripada membunuh pesaing dan mengecilkan ruang pasaran.”

Oleh itu, mereka melihat bahawa pesaing itu merupakan rakan dalam bidang seangkatan. Keupayaan Google menjadikan pesaing sebagai rakan kongsi berbanding melihat sebagai musuh dalam perniagaan, menyatukan misi antara syarikat untuk memudahkan dan meningkatkan keberkesanan pencarian oleh pengguna dalam laman web.
Penyertaan Google dengan Ask Jeeves membuktikan satu titik permulaan gabungan tersebut apabila kewangan Ask Jeeves $107 juta pada tahun 2003 melalui Google.

Pengurusan Googleplex sentiasa membuat perubahan dalam Google. Kepelbagaian ini memberikan keistimewaan terhadap persepsi pengguna dan juga keupayaan pemiliknya serta kumpulan kerja yang mantap. Kewujudan virtual library merupakan kemuncak mewujudkan penyaluran maklumat tanpa batasan.
Sebagai contoh usaha menyediakan maklumat yang digitalkan di Perpustakaan Universiti Harvard dilakukan oleh Googleplex dan mendapat kepercayaan oleh universiti tersebut.

Selain itu, antara perkara yang menarik penulis memfokuskan kepada persekitaran kerja di mana pekerja-pekerja Google lebih banyak berjaga (bekerja) dari tidur (tidak bekerja). Kemudahan-kemudahan seperti kafeteria, salon “car wash” dan sebagainya yang diberikan oleh Googleplex kepada pekerja merupakan sebuah penghargaan yang merupakan “reward” kepada pekerja yang banyak berjasa kepada Google.

Manakala, inovasi yang berlaku dalam Google memberikan tindak balas kepada Microsoft yang dinaungi oleh Bill Gates. Masyarakat membuat andaian bahawa Google akan dibayangi Netscape yang akan diambil tempatnya oleh Microsoft pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, kedudukan yang kukuh dalam Google, membuatkan masyarakat sekali lagi membuat andaian bahawa Google akan mengambil alih kedudukan Microsoft sebagai peneraju dalam bidang “software”, teknologi dan inovasi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home