ULASAN BUKU

Kata orang, membaca jambatan ilmu, membaca pelita hidup dan segala macam falsafah tentang membaca. Apa yang pasti, membaca adalah suatu amalan yang mulia dan bermanfaat. Ruangan ini menyediakan ulasan-ulasan buku terkini yang diusahakan oleh kakitangan Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Selamat membaca!

Name:
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Institut Perkembangan Minda atau INMIND adalah sebuah organisasi pemikir utama kepada Kerajaan Negeri Selangor. INMIND membantu perencanaan polisi Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelidikan dan pengumpulan data sosio-ekonomi. INMIND juga mendokumentasikan maklumat, idea-idea dan aspirasi kemajuan dan pembangunan negeri Selangor dalam bentuk prosiding, laporan dan penerbitan bercetak. Selain itu, INMIND mencadang dan menguruskan program konferens seperti konvensyen, seminar, kolokium, bengkel dan diskusi sebagai medan sumbangan idea dan percambahan fikiran. INMIND turut terlibat merangka dan melaksanakan program latihan dengan mengendalikan Program Bina Insan Negeri Selangor, latihan kepimpinan dan latihan korporat. Sebagai kumpulan pemikir, INMIND amat mendukung pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat. Atas dasar itu, INMIND menganjurkan siri-siri program khusus keilmuan seperti Wacana Ilmiah Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Bicara 1001 Buku, dan yang terkini Syarahan Darul Ehsan. INMIND dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Wednesday, September 20, 2006

The 17 Indisputable Laws of Teamwork

Pengarang telah menetapkan sebanyak 17 peraturan-peraturan (laws) dalam kerja berpasukan yang cukup teliti dan tidak dinafikan nilai kandungannya dalam buku ini.

Kepentingan kerja berpasukan (The Laws of Significance). Satu orang adalah bilangan yang terlalu kecil untuk mencapai sesuatu kehebatan. Kepentingan kerja berpasukan adalah merupakan asas utama untuk mencapai kejayaan umpama seseorang individu bermain sesuatu permainan tetapi yang menjadi juara ialah pasukannya. Presiden Lyndon mengatakan ‘tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan bersama, tetapi sedikit sahaja masalah yang boleh diselesaikan secara bersendirian. Tokoh agung yang berjaya di dunia seperti Albert Einstein, Bill Gates, Thomas Edison berjaya dengan adanya bantuan daripada orang lain.


Wawasan yang besar (Berjiwa Besar) (The Law of The Big Picture). Matlamat yang lebih penting daripada peranan. Setiap ahli dalam kumpulan mesti berkongsi matlamat dan diransang untuk bekerja bersama-sama, bukannya diguna untuk kejayaan seseorang. Pasukan yang berjaya mempunyai ahli-ahli yang mengutamakan kepentingan pasukan, berperanan dalam pasukan mengikut kekuatan diri masing-masing, sanggup melakukan apa yang patut untuk menjaga pasukannya. Setiap orang ada peranan dan menyumbang kepada matlamat yang hendak dicapai.

Bagaimana membentuk pasukan berwawasan? Antaranya ialah dengan meletakkan matlamat yang hendak dicapai, tahu sejauh mana situasi untuk mencapai matlamat, senaraikan keperluan seperti peralatan, kewangan dan lain-lain, kumpulkan ahli pasukan yang mantap, ketepikan matlamat peribadi, dan akhirnya mulakan langkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Kedudukan yang sesuai pada masa yang sesuai (The Law of The Niche). Semua pemain mempunyai tempat kedudukan masing-masing di mana mereka menonjolkan nilai-nilai penting. Setiap orang ada kekuatan masing-masing dan apabila diletakkan di tempat yang betul akan mendatangkan kebaikan pada semua. Kesan kalau sebaliknya ialah nilai moral akan jatuh, prestasi tidak bagus, pemain yang ada bakat terasa tidak dipedulikan dan situasi akan menjadi lebih teruk di mana setiap pemain tidak sedar potensi diri masing-masing.

Cabaran sebesar mendaki Gunung Everest (The Law of Mount Everest). Apabila cabaran begitu tinggi maka keperluan untuk kerja berpasukan semakin bertambah. Kisah Tenzing Norgay dan Edmund Hillary telah berjaya mendaki Gunung Everest pada tahun 1953. Kejayaan mereka dibantu oleh lebih kurang 200 orang pembantu. Untuk mencapai impian perlu kepada pertanyaan-pertanyaan berikut: pertama; apakah impian saya? kedua; siapa dalam pasukan saya? Jika impian hebat tetapi pasukan tidak hebat akan gagal. Ketiga; sebesar manakah pasukan impian saya? Adakah saiz impian sebesar saiz Gunung Everest. Sewajarnya perlu diberi tumpu yang utama pada pasukan dan bukan impian sebab bila pasukan itu hebat maka impian secara automatik akan tercapai.

Ikatan ahli pasukan yang kuat (The Law of The Chain). Ahli pasukan yang lemah akan memberi kesan kepada sebuah pasukan yang kuat. Contoh ciri-ciri kelemahan seseorang ialah tidak menunjukkan peningkatan dalam bidang tugas masing-masing, tidak bekerjasama dengan ahli-ahli pasukan yang lain, tidak melihat kepada matlamat yang ingin dicapai dan tidak memenuhi kualiti yang sepatutnya. Langkah untuk atasi kelemahan ini ialah dengan memberi latihan kepada mereka dan memberi peluang untuk menerokai bidang-bidang lain. Bagaimana untuk mengembangkan pasukan? Antaranya ialah bangunkan potensi ahli-ahli pasukan, tambahkan ahli-ahli kumpulan yang berkaliber, ubah corak kepimpinan dan singkirkan ahli-ahli yang tidak efektif.

Pemangkin (The Law of The Catalyst). Pasukan yang menang mempunyai pemain yang merealisasikan matlamat tersebut. Terdapat 3 jenis pemain. Pertama; orang yang tidak mahu bola. Ia tidak ada kemampuan untuk melaksanakan tugas dalam keadaan tertekan (high pressure situations). Kedua; orang yang mahukan bola tapi tak boleh. Ia ingin mengetuai pasukan tetapi tidak ada kebolehan. Ketiga; orang yang inginkan bola dan layak serta mampu. Mereka inilah golongan pemangkin (catalyst) dan boleh melakukannya. Ciri-ciri golongan pemangkin ialah bersifat gerak hati, kesediaan bercakap, ghairah, berkebolehan, kreatif, melakukan sesuatu, bertanggungjawab, pemurah dan berpengaruh.

Kompas (The Law of Compass). Visi dan matlamat memberi panduan dan keyakinan kepada ahli kumpulan. Matlamat yang hebat mengetuai pencapaian yang hebat. Setiap orang perlu memeriksa arah tuju matlamat pasukan masing-masing.

Jauhi Sifat Keji (The Law of The Bad Apple). Sikap yang baik di kalangan ahli pasukan akan menjamin kejayaan pasukan tetapi sikap buruk menjamin kegagalan. Sikap mempunyai kuasa untuk menaik atau menjatuhkan sesebuah pasukan. Kebanyakan sikap yang buruk disebabkan oleh sifat mementingkan diri sendiri. Sikap buruk jika dibiarkan akan merosakkan segalanya.

Pertanggungjawaban (The Law of Countability). Ahli pasukan mesti bertanggungjawab antara satu sama apabila tiba masanya. Sebagai ahli kumpulan kita tidak bekerja untuk satu sama lain tetapi kita bersama satu sama lain. Formula untuk sikap bertanggungjawab ialah menjaga tingkah laku, kecekapan, komitmen, konsisten dan hubungan yang erat (ukhuwwah)

Harga Pasukan (The Law of The Price). Pasukan dikira gagal untuk mencapai potensinya apabila ia gagal membayar upahnya. Kalau seseorang tidak membayar harga untuk kemenangan maka dia akan membayar harga kegagalan. Tiada kejayaan secara percuma. Apa harga kerja berpasukan? Harga tersebut ialah pengorbanan, komitmen masa, pembangunan diri dan tidak pentingkan diri sendiri.


Papan Markah (The Law of The Scoreboard). Pasukan tersebut boleh bertukar keadaan apabila kumpulan itu berada di tempat mereka berdiri. Peranan papan markah adalah merupakan asas untuk memahami keadaan, asas untuk membuat penilaian sebab kunci kejayaan ialah apabila setiap individu berkembang dan berubah. Ia juga merupakan asas untuk membuat keputusan, asas untuk membuat perubahan dan merupakan asas untuk menang.

Bangku Simpanan (The Law of The Bench). Kumpulan yang hebat juga akan mempunyai nilai yang sangat hebat. Dalam sukan ada 2 jenis pemain iaitu yang memulakan perlawanan dan yang duduk dibangku simpanan. Penting untuk tingkatkan pemain dibangku simpanan berasaskan beberapa sebab. Pertama; pemain simpanan hari ini mungkin menjadi bintang pada hari esok.Kedua; kejayaan pemain simpanan akan menggemilangkan lagi kejayaan pemain utama. Ketiga; terdapat lebih ramai pemain simpanan berbanding pemain utama. Keempat; pemain simpanan yang diletakkan kena pada tempatnya akan lebih bernilai berbanding pemain utama. Kelima; pemain simpanan yang kuat akan memberikan ketua pasukan lebih untuk membantu pasukan.

Identiti (The Law of Identity). Perkongsian nilai akan membentuk sesebuah pasukan.

Peranan Komunikasi (The Law of Communication). Pasukan yang efektif mempunyai ahli pasukan yang sentiasa berbincang. Contoh; jangan Tanya apa yang dia boleh tolong; tapi tanya apa yang kita boleh Bantu.

Kemahiran Memimpin membezakan antara dua orang yang berkebolehan (The Law of The Edge). Mana-mana pasukan yang memperolehi kejayaan yang hebat pasti mempunyai pemimpin yang hebat. Setiap orang penting tetapi tidak serupa.

Semangat yang tinggi (The Law of High Morale). Semangat yang tinggi akan berperanan seperti lif, penggerak, penghapus dan pembebas. Ganjaran yang lebih setimpal (The Law of Dividens). Pelaburan dalam pasukan memerlukan peruntukan masa. Masa kewangan dan usaha untuk membangunkan potensi ahli pasukan diperlukan dan tidak boleh diubah dalam satu hari sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home