ULASAN BUKU

Kata orang, membaca jambatan ilmu, membaca pelita hidup dan segala macam falsafah tentang membaca. Apa yang pasti, membaca adalah suatu amalan yang mulia dan bermanfaat. Ruangan ini menyediakan ulasan-ulasan buku terkini yang diusahakan oleh kakitangan Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Selamat membaca!

Name:
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Institut Perkembangan Minda atau INMIND adalah sebuah organisasi pemikir utama kepada Kerajaan Negeri Selangor. INMIND membantu perencanaan polisi Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelidikan dan pengumpulan data sosio-ekonomi. INMIND juga mendokumentasikan maklumat, idea-idea dan aspirasi kemajuan dan pembangunan negeri Selangor dalam bentuk prosiding, laporan dan penerbitan bercetak. Selain itu, INMIND mencadang dan menguruskan program konferens seperti konvensyen, seminar, kolokium, bengkel dan diskusi sebagai medan sumbangan idea dan percambahan fikiran. INMIND turut terlibat merangka dan melaksanakan program latihan dengan mengendalikan Program Bina Insan Negeri Selangor, latihan kepimpinan dan latihan korporat. Sebagai kumpulan pemikir, INMIND amat mendukung pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat. Atas dasar itu, INMIND menganjurkan siri-siri program khusus keilmuan seperti Wacana Ilmiah Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Bicara 1001 Buku, dan yang terkini Syarahan Darul Ehsan. INMIND dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Wednesday, September 20, 2006

The 360 Leader

Hadis nabi mengakatakan bahawa “semua daripada kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya”. Kita juga sering mendengar ”jika kamu tiada orang di bawah untuk dipimpin, kamu ada diri sendiri untuk dipimpin”. Berhubung kata-kata itu, penulis The 360 Leader, John C. Maxwell menampilkan sesuatu yang jelas berhubung dengan makna pemimpin dalam konteks yang lebih praktikal dan munasabah.

Penulis berhujah bahawa 99% kepimpinan berlaku tidak daripada dari atas tetapi daripada tengah organisasi atau kelompok manusia. Contohnya Mahatma Ghandi yang memimpin kesedaran kemerdekaan India, adalah pemimpin di peringkat pertengahan. Kepimpinan tidak mengira kedudukan tetapi kehendak dan kebolehan untuk mempengaruhi. Kepimpinan tidak diukur dari segi posisi di atas, tetapi lebih kepada siapa kita iaitu yang sedia untuk membina pengaruhi daripada mana sudut pun posisi kita dalam sesebuah organisasi.

Inilah dia Pemimpin 360 yang berupaya memimpin ke atas (lead up), memimpin merentas-melintang (lead across) dan memimpin ke bawah (lead down) – “Leading from the Middle of the Pack”. Pemimpin 360 mampu mempengaruhi sesiapa sahaja di mana-mana peringkat dalam organisasi. Dia boleh mempengaruhi ketua, rakan ketua, rakan sekerja, orang bawahan dan rakan orang bawahan sekali gus.

”Kepimpinan daripada segenap sudut” bunyinya hebat dan senang tetapi benar tidak mudah dan tidak pula mustahil. Penulis berpendapat semua orang boleh menjadi Pemimpin 360 asalkan mempunyai sedikit skil kepimpinan, mahu dan sedia untuk bekerja lagi.

Dalam buku ini, pada bahagian pertama, penulis memulakan dengan perbincangan 7 dongengan atau persepsi yang tidak benar jika memimpin dari peringkat pertengahan. Antaranya ”Saya tidak boleh memimpin jika saya tidak berada di atas”, ”Bila saya berada di atas, saya akan berlajar memimpin,” Bila saya berada di atas, orang akan menurut saya/ saya akan dapat menguasai suasana/ saya akan mencapai potensi saya”. Semua ini adalah tidak benar. Berada di atas tidak menjamin kita adalah pemimpin. Ukuran sebenar kepimpinan ialah ”pengaruh”. Penulis menerangkan ”Lima Peringkat Kepimpinan” di mana;

Orang mengikut kerana terpaksa/ kerana posisi kita di atas
Orang mengikut kerana mereka mahu/ kerana perhubungan
Orang mengikut kerana kita berbakti kepada organisasi/ kerana hasil
Orang mengikut kerana jasa kita kepada kakitangan/ membangunkan orang kakitangan
Orang mengikut kerana siapa kita dan apa yang kita tunjukkan

Ternyata, berdasarkan peringkat kepimpinan ini, kepimpinan dan pengaruh yang berkesan dibina, dinamik dan lebih penting diperolehi (is earned). Jelas bahawa kepimpinan dan pengaruh adalah pilihan yang kita buat, bukan tempat di mana kita berada.

Pada bahagian kedua, penulis memperkatakan tentang 7 cabaran yang harus ditempuh oleh Pemimpin 360. Antaranya cabaran tekanan; terperangkap di tengah organisasi, cabaran berputus asa; kerana mengikut pemimpin yang lemah, cabaran perubahan keperluan (multi-hat), cabaran ego, cabaran perasaaan, cabaran menghayati visi dan cabaran untuk mempengaruhi orang lain. Semua cabaran ini dibincangkan dengan mendalam dan penulis mengemukakan beberapa cara dan panduan untuk mengatasinya.

Paling penting ialah cabaran untuk mempengaruhi orang lain kerana ”mempengaruhi” (influence) adalah isi utama buka ini. Penulis menyedari bahawa memimpin orang di luar kedudukan kita tidak mudah. Bagi beliau kuncinya ialah ”fikirkan tentang ’mempengaruhi’, bukannya posisi” – (think influence, not position). Pemimpin 3600 seharusnya bekerja untuk menukar pemikirannya daripada ”saya mahu kedudukan agar orang mengikut saya” kepada ”saya mahu menjadi orang yang menyebabkan orang mahu mengikuti saya”.

Memperkatakan panduan untuk menjadi orang yang boleh mempengaruhi – Becoming a Person of Influence, penulis menampilkan kata kunci dan huraian ringkas berikut:

Integrity : builds relationships on trust
Nurturing : cares about people as individuals
Faith : believes in people
Listening : values what others have to say
Understanding : sees from their point of view
Enlarging : helps others become bigger
Navigating : assists others through difficulties
Connecting : initiates positive relationship
Empowering : gives them the power to lead

Pada bahagian ketiga buku ini, penulis mengemukakan prinsip-prinsip yang Pemimpin 360 perlu untuk memimpin ke atas (lead up). Iaitu “Ikut saya, saya di belakang anda” (follow me, I’m right behind you). Ada sembilan prinsip yang dinyatakan yang umumnya menekankan aspek menjalin hubungan, membantu, menyokong dan sedia untuk bekerja mengurangkan tekanan ketua. Paling penting ialah prinsip pertama iaitu sebelum mahu memimpin ke atas, harus berjaya memimpin diri sendiri. Kunci untuk memimpin diri ialah belajar pengurusan diri. Di sini penulis menekankan aspek pengurusan emosi, pengurusan masa, pengurusan prioriti, pengurusan tenaga, pengurusan pemikiran, pengurusan perkataan/kata-kata dan pengurusan kehidupan personal.

Pada bahagian keempat pula, penulis menyusun prinsip-prinsip yang Pemimpin 360 perlu untuk memimpin merentas-melintang (lead across). Iaitu “Ikut saya, saya akan berjalan bersama anda” (follow me, I’ll walk with you). Secara ringkas, ianya menampilkan idea saling bantu membantu – completing fellow ahead of competing with them, membina hubungan intim ­- be a friend and avoid office politics, membina jaringan pengukuhan diri – expand your circle of acquaintances, mengutamakan yang terbaik dan organisasi – let the best idea win, dan don’t pretend you’re perfect.

Paling penting, pada bahagian ini penulis membawa satu kefahaman tentang “lingkaran kepimpinan” yang mesti difahami, diamal dan disempurnakan oleh semua Pemimpin 360.

Berhubung dengan lingkaran ini, penulis menekankan bahawa kepimpinan bermula dengan ”mengambil berat” –”caring” dan diakhiri dengan ”berjaya bersama”-”succeeding” . ”Caring” – iaitu berminat untuk ambil tahu hal orang lain (take an interest in people). ”Learning” – iaitu mahu mengetahui orang lain (get to know people). ”Appreciating” – iaitu menghargai orang lain (respect people). ”Contributing” – iaitu menambil nilai pada orang lain (add value to people). ”Verbalizing” – iaitu meneguhkan orang lain (affirm people). ”Leading” – iaitu mempengaruhi orang lain (influence people). ”Succeeding” – iaitu berjaya bersama orang lain (win with people). Sesungguhnya, prinsip “lingkaran kepimpinan” ini amat membantu untuk berjaya dalam kepimpinan merentas-melintang (lead across).

Pada bahagian kelima buku ini, penulis menerangkan pula prinsip-prinsip di mana Pemimpin 360 perlu untuk memimpin ke bawah (lead down). Iaitu “ikut saya, saya akan menambah nilai anda” (follow me, I’ll add value to you). Di sini penulis sekali lagi menekankan walaupun nampak mudah menjadi pemimpin kerana posisi kita di atas (top-down activity), ingat, Pemimpin 360 adalah tentang ”pengaruh” bukan “kedudukan”. Penulis menampilkan tujuh prinsip dalam kepimpinan ke bawah ini yang ringkasnya tentang memahami dan membina hubungan yang baik; walk slowly through the halls, develop each member as a person, membina dan meletakkan orang bawahan pada kekuatannya; see everyone as a ’10’, place people in their strength zones, menjadi contoh; model the behavior of you desire, berkongsi visi; transfer the vision dan memberi insentif; reward the result.

Pada bahagian keenam buku ini, penulis menjelaskan teaatng nilai Pemimpin 360 di mana tidak seharusnya dirasakan sesebuah organisasi menjadi pincang kerana ramai pemimpin atau semua mahu memimpin. Satu pasukan yang setiap ahlinya mempunyai ciri-ciri Pemimpin 360 lebih baik daripada hanya ada seorang pemimpin dalam pasukan itu. Ini adalah kerana sebuah pasukan itu terbina daripada pelbagai peringkat dan setiap peringkat memerlukan pemimpin. Kepimpinan di peringkat yang masih di bawah adalah gelanggang terbaik sebelum seseorang itu naik ke peringkat kepimpinan yang seterusnya. Sesungguhnya ciri-ciri Pemimpin 360 yang dibincangkan dalam buku ini sebenarnya kualiti staf yang diinginkan oleh setiap oganisasi.
Pada bahagian terakhir buku ini, penulis menggariskan beberapa langkah untuk menyediakan suasana yang mampu membina dan membentuk Pemimpin 360. Penulis menggesa agar pemimpin atasan organiasi yang mencetuskan budaya untuk mencari, melahir, membina dan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin baru. Untuk itu mereka perlu meletakkan nilai yang tinggi pada setiap orang dan kepimpinan, menjana sumber untuk mengembangkan bakat kepimpinan, mengadakan suasana selamat untuk staf saling bertanya dan berkongsi idea dan akhir sekali sentiasa berdamping dan komited untuk menjana seramai mungkin pemimpin yang akan membina pasukan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home