ULASAN BUKU

Kata orang, membaca jambatan ilmu, membaca pelita hidup dan segala macam falsafah tentang membaca. Apa yang pasti, membaca adalah suatu amalan yang mulia dan bermanfaat. Ruangan ini menyediakan ulasan-ulasan buku terkini yang diusahakan oleh kakitangan Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Selamat membaca!

Name:
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Institut Perkembangan Minda atau INMIND adalah sebuah organisasi pemikir utama kepada Kerajaan Negeri Selangor. INMIND membantu perencanaan polisi Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelidikan dan pengumpulan data sosio-ekonomi. INMIND juga mendokumentasikan maklumat, idea-idea dan aspirasi kemajuan dan pembangunan negeri Selangor dalam bentuk prosiding, laporan dan penerbitan bercetak. Selain itu, INMIND mencadang dan menguruskan program konferens seperti konvensyen, seminar, kolokium, bengkel dan diskusi sebagai medan sumbangan idea dan percambahan fikiran. INMIND turut terlibat merangka dan melaksanakan program latihan dengan mengendalikan Program Bina Insan Negeri Selangor, latihan kepimpinan dan latihan korporat. Sebagai kumpulan pemikir, INMIND amat mendukung pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat. Atas dasar itu, INMIND menganjurkan siri-siri program khusus keilmuan seperti Wacana Ilmiah Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Bicara 1001 Buku, dan yang terkini Syarahan Darul Ehsan. INMIND dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Wednesday, September 20, 2006

Dealing With Darwin

BAHAGIAN 1 (Foundational Models)

Bab-bab yang disentuh di dalam bahagian 1 ini menjurus kepada model-model asas yang berkait dengan inovasi dan inertia (tidak aktif). Ia adalah berkait rapat dengan ekonomi teras dan ekonomi sampingan.
Di dalam bahagian ini juga menyentuh tentang teori-teori kitaran yang berkaitan dengan teknologi seperti The Category-Maturity Life Cycle, dan Technology-Adoption Life Cycle. Teori-teori ini digunakan di Cisco Systems di dalam mengeluarkan dan memasarkan produknya kepada pembeli. Cisco merupakan sebuah syarikat peralatan rangkaian (network equipment company) yang menyediakan rangkaian infrastruktur utama kepada Internet dan World Wide Web seperti router, switches dan sebagainya.
Bahagian ini juga ada menyentuh mengenai bentuk inovasi dan perniagaan serta model-model yang terlibat seperti Complex-System Model dan Volume-Operations Model.

BAHAGIAN 2 (Managing Innovation)

Bahagian ini menyentuh mengenai bab-bab yang berkaitan dengan penjenisan inovasi, cara pengurusan inovasi mengikut keadaan pasaran serta pengurusan inovasi di dalam syarikat.
Di dalam bahagian ini, penulis menfokuskan kepada zon-zon inovasi seperti Product Leader Zone, Costomer Intimacy Zone, Operational Excellence Zone dan Category Renewal Zone. Tiap-tiap zon mempunyai penjenisan yang lebih terperinci.
Penulis juga menekankan tentang pengurusan inovasi di dalam sistem pasaran yang semakin berkembang dengan zon-zon inovasi yang telah diterangkan sebelum ini. Contoh-contoh kes syarikat seperti Oracle,Boston Scientific dan Apple merupakan antara contoh contoh syarikat yang mengadaptasi pendekatan zon-zon inovasi.
Penulis mengutarakan beberapa jenis bentuk inovasi seperti Disruptive Innovation, Application Innovation, Product Innovation dan Platform Innovation. Persoalan ditimbulkan oleh penulis mengenai inovasi bentuk apakah yang perlu difokuskan di dalam menguruskan sesuatu perniagaan.
Penulis menghuraikan langkah-langkah yang diambil Cisco dalam menerapkan inovasi di dalam pasaran yang semakin berkembang seperti Wireless, Vioce-Over IP, Storage Area Network Switches, Next-Generation Networks For Service Providers, Data Center Virtualisation dan Networked Home.
Penekanan terhadap cara pengurusan inovasi di dalam pasaran yang matang juga dinyatakan oleh penulis. Beliau memperincikan dan membuat persoalan tentang jenis-jenis inovasi pasaran matang seperti Customer Intimacy Zone: Line Extension Innovation, Enhancement Innovation, Marketing Innovation,Experiential Innovation, Operational Excellence Zone: Value Engineering Innovation, Integration Innovation, Process Innovation dan Value Migration Innovation.
Di akhir penerangan mengenai teori-teori tersebut, penulis mengaitkannya dengan contoh-contoh syarikat dan kajian kesnya iaitu Cisco.
Penulis juga mengutarakan cara pengurusan inovasi di dalam pasaran yang menurun. Teori yang diutarakan ialah Organic Renewal, Acquisition Renewal dan Harvest & Exit.
Bab terakhir di dalam bahagian ini, penulis menekankan tentang bagaimana menguruskan inovasi di dalam syarikat sendiri. Penulis menghuraikan 7 proses yang perlu dilakukan iaitu:
1. Socialise the Idea
2. Analyse the Portfolio
3. Analyse the Target Category
4. Reduce the Number of Innovation Types
5. Develop Attractive Options
6. Select a Prime Innovation Sector
7. Engage the Entire Organisation

BAHAGIAN 3 (Managing Inertia)

Bahagian ini menyentuh mengenai bab-bab yang berkaitan dengan mengekstrak sumber daripada konteks, menentukan tujuan sumber untuk teras, dan menguruskan ketidakaktifan inovasi di dalam syarikat.
Di dalam bahagian ini, penulis menerangkan bagaimana sesuatu teras dalam perniagaan dan bagaimana perkara teras menjadi perkara konteks (biasa).
Bab 9, penulis memberikan penekanan terhadap kepentingan teras perniagaan. Terdapat lima kunci utama di dalam pengurusan untuk mengekstrak sumber teras:
Centralise
Standardise
Modularise
Optimise
Outsource
Penulis juga mengutarakan bagaimana Cisco menganalisa sumber terasnya dengan sumber sampingan.
Bab seterusnya mengupas mengenai langkah terakhir di dalam mewujudkan kelebihan kompetitif di dalam pasaran komoditi. Buku ini menyentuh mengenai mengitar semula sumber, iaitu sumber manusia dan kerja. Pengitaran ini akan menambah kemahiran kerja dan juga pengalaman di dalam sesebuah organisasi.
Bab terakhir, penulis menekankan kepentingan pengurusan inertia. Langkah-langkah penting untuk menjadikan perkara perkara konteks kepada teras adalah seperti berikut:
Menjalankan core/context analysis dalam perniagaan
Menjalankan resource-allocation analysis untuk menye-suaikannya dengan core/context analysis
Menetapkan cita-cita yang tinggi
Merancang tindakan sebagai pasukan
Menumpukan masa untuk pasaran
Bersedia untuk bergerak
Sentiasa bergerakAkhir sekali, penulis mengingatkan tentang evolusi yang berlaku di dalam sektor perniagaan dan syarikat-syarikat perlu belajar untuk meningkat kemahiran agar tidak ketinggalan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home