ULASAN BUKU

Kata orang, membaca jambatan ilmu, membaca pelita hidup dan segala macam falsafah tentang membaca. Apa yang pasti, membaca adalah suatu amalan yang mulia dan bermanfaat. Ruangan ini menyediakan ulasan-ulasan buku terkini yang diusahakan oleh kakitangan Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai wadah perkongsian ilmu dan maklumat. Selamat membaca!

Name:
Location: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Institut Perkembangan Minda atau INMIND adalah sebuah organisasi pemikir utama kepada Kerajaan Negeri Selangor. INMIND membantu perencanaan polisi Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelidikan dan pengumpulan data sosio-ekonomi. INMIND juga mendokumentasikan maklumat, idea-idea dan aspirasi kemajuan dan pembangunan negeri Selangor dalam bentuk prosiding, laporan dan penerbitan bercetak. Selain itu, INMIND mencadang dan menguruskan program konferens seperti konvensyen, seminar, kolokium, bengkel dan diskusi sebagai medan sumbangan idea dan percambahan fikiran. INMIND turut terlibat merangka dan melaksanakan program latihan dengan mengendalikan Program Bina Insan Negeri Selangor, latihan kepimpinan dan latihan korporat. Sebagai kumpulan pemikir, INMIND amat mendukung pembudayaan ilmu di kalangan masyarakat. Atas dasar itu, INMIND menganjurkan siri-siri program khusus keilmuan seperti Wacana Ilmiah Bersama Dato’ Menteri Besar Selangor, Bicara 1001 Buku, dan yang terkini Syarahan Darul Ehsan. INMIND dipengerusikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Wednesday, September 20, 2006

Leading Strategic Change

Buku ini memberi pendedahan tentang pemikiran dan perubahan strategik serta punca kegagalan seseorang peneraju organisasi. Dalam bab pertama penulis menggariskan beberapa cabaran utama yang akan dihadapi oleh pemimpin organisasi dalam mendahului perubahan strategik. Perubahan pertama yang harus dilakukan oleh pemimpin organisasi adalah mengubah individu daripada pemikiran lama kepada pemikiran baru selaras dengan objektif dan hala tuju organisasi serta keperluan permintaan dalam pasaran. Terdapat banyak gambar, kata-kata motivasi dan objek yang boleh ditampal di tempat strategik sebagai peta minda dan gambaran secara mudah kepada pekerja tentang keperluan bekerja untuk kejayaan organisasi.

Halangan (brain barrier) yang digariskan dalam mendahului perubahan strategik terbahagi kepada tiga perkara iaitu:
1. Gagal untuk melihat (Failure to See)
2. Gagal untuk bergerak (Failure to Move)
3. Gagal untuk menyiapkan (Failure to Finish)

Gagal untuk melihat (failure to see) ialah kegagalan seseorang pemimpin dalam melihat peluang yang perlu diambil dan mencari idea serta inovasi baru bagi mengatasi pesaing. Penulis memberitahu bahawa kebanyakan pemimpin organisasi gagal untuk melihat secara mendasar dalam semua aspek organisasi terutama tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi mereka. Ianya disebut sebagai “Blinded By The Light“ (buta kerana cahaya).

“The concept of being "blinded by the light" is a factor in the failure of some organizations to change, and the resulting loss of marketing position to competitors. Learn the general nature of mental mapping mistakes, and how to overcome them.“

Produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat hendaklah mengikut kehendak pelanggan bukan mengikut kehendak syarikat itu sendiri. Inovasi sahaja tidak cukup untuk mencapai kejayaan dan keuntungan tanpa ada penjenamaan (branding) dan kualiti produk yang memenuhi cita rasa pelanggan. Contohnya seperti Motorola yang pada awalnya mendahului syarikat-syarikat lain dalam pasaran telefon bimbit telah gagal bersaing dengan Nokia yang menduduki tempat ketujuh.
Ini adalah disebabkan kegagalan pengurus kanan Motorola melihat syarikat-syarikat lain khasnya Nokia sebagai pesaing dalam mendahului perubahan strategik pasaran yang berubah daripada sistem analog ke sistem digital serta gagal memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna yang sentiasa inginkan produk yang sofistikated.

Banyak contoh syarikat antarabangsa yang berjaya mendahului pesaing mereka dengan keuntungan berlipat-ganda dan menguasai pasaran dunia dalam bidang masing-masing. Antaranya adalah seperti Nokia yang berjaya mendahului Motorola dalam menguasai pasaran telefon bimbit dunia, IKEA dalam pasaran barangan rumah, QuadQ Inc. dalam pasaran perubatan, Dell dalam pasaran komputer, XeroX dalam bidang percetakan dan lain-lain. Ini adalah kerana peneraju syarikat tersebut mempunyai pemikiran strategik yang sentiasa berkembang dan sentiasa di hadapan mendahului para pesaing mereka.

Gagal untuk bergerak (Failure to move) bermaksud bahawa setiap pemimpin itu perlu bergerak selari dengan kakitangan bawahan dan produk syarikat. Seorang pemimpin tidak akan dapat bergerak secara individu kerana ianya banyak bergantung kepada kakitangan bawahan. Walau hebat mana sekalipun pemimpin tersebut namun jika tidak berjaya mendapat sokongan pekerja bawahan tetap tidak akan berjaya. Contohnya ialah Rick Toman, iaitu antara salah seorang pelopor yang berjaya membawa syarikat IBM kepada keuntungan berlipat-ganda namun gagal membawa syarikat XeroX pada tempat yang sama apabila beliau dilantik sebagai CEO syarikat tersebut.

Agenda utama seseorang pemimpin ialah menggerakkan organisasi dan syarikat pada kedudukan yang teratas (keuntungan dan kejayaan) dengan memecahkan setiap halangan yang boleh melemahkan organisasi itu sendiri. Antaranya adalah seperti ramai pemimpin hanya membuang masa menyelesaikan perkara-perkara remeh yang langsung tidak memberi faedah kepada organisasi.

Penyelesaian kepada kegagalan untuk bergerak ialah dengan menetapkan matlamat organisasi yang jelas, keyakinan kepada pekerja dengan memberikan mereka pengetahuan (skil), sumber dan asas kerja yang diperlukan serta memberi ganjaran setimpal di atas setiap kejayaan yang dilakukan.

Gagal untuk menyiapkan (Failure to finish) membicarakan kegagalan untuk menawan hati dan memberi kepuasan terbaik kepada pelanggan yang mana akhirnya ia akan memberi impak yang buruk kepada syarikat. Sebagai contoh, syarikat penerbangan British Airlines (BA) yang berjaya mengutip keuntungan berlipat-ganda kerana prinsip utama syarikat tersebut adalah berpaksikan kepada Customer First. Prinsip tersebut bukan sahaja diletakkan di setiap sudut dan ruang pejabat malah di tulis juga pada kapal terbang milik mereka sebagai menghargai pelanggan. Mereka mengamalkan sikap “pelanggan sentiasa betul” (customer always right) walaupun selepas pelanggan tersebut menaiki kapal terbang mereka.

Penulis memberikan panduan untuk pemimpin mendahului perubahan strategik dan menghadapi cabarannya iaitu melalui konsep “ARTIC”.
A – Achievement (Pencapaian)
R – Relations (Hubungan)
T – Thinking (Buah Fikiran)
I – Improvement (Pembaikan)
C - Control (Kawalan)

Adalah penting untuk setiap pemimpin organisasi memandang dan sentiasa berfikiran kehadapan (futuristic). Pemimpin harus berfikiran positif dan sentiasa tahu matlamat organisasi kerana pemimpin adalah tunjang utama kepada kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi.
Leading Strategic Change : Breaking Through The Brain Barrier ialah kita hendaklah sentiasa berfikiran jauh dan berusaha untuk menempuh segala halangan yang dilalui dan bakal ditempuhi untuk kejayaan organisasi. Jangan mudah berputus asa untuk memastikan kejayaan organisasi dan keuntungan syarikat kerana kesilapan pertama adalah langkah pertama menuju ke arah kejayaan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home